Followers

Wednesday, December 26, 2012

Saturday, December 22, 2012

Japanese Oral Test :)

Assalamualaikum you all :)


Ohyeahh. Here we go again. Today's topic? Yes ! It's about my Japanese Oral Test !
Okayy. Since today is my last class for my first semester, there are too many thing that have to be done by today. 

And one of them is for my Japanese Class. We have to form a group, choose a topic and then TALK, for sure ! So, my group of course with Malin and Syaza ! Kitorang siapkan skrip ni pukul 4.30 pagi tadi. Yess ! Tak tidur sebab nak siapkan menda ni. Bagi appreciation untuk diri sendiri and Malin and Syaza sikit. Hewhew

But, at the same time, kitorang siapkan assignment Computer Organization and Architechture tu jugak. Tu pasal pukul 4 pagi pon still riuh lagi kat bilik tuh. And as usual, tempat lepak kitorang buat keja is bilik jiran aku lahh a.k.a bilik Malin. Hehe. Malam tadi yg ade kat bilik tuh macam biasa aa. Aku, Syaza, Bill a.k.a Nenek, Nisa, and tuan bilik sendiri, Malin and Alia.

So, let's move on to the main topic. Oral Test !

Okayy. Kat sini aku nak share sikit laa dialog yg kitorang create sampai pukul 4.30 pagi ni. Hoyaaahhhh. There we go !



Kaiiwa (Perbualan)

Malin : Konnichiwa (Selamat tengah hari)

Sara   : Konnichiwa (Selamat tengah hari)

Malin : Watashi no tomodachi o shoukai shimasu. Kocirawa Syaza-san desu.
            (Mari saya perkenalkan kawan saya. Ini Cik Syaza)

Sara   : Hajime mashite. Watashi wa Sara desuka. Dozo yoro shiku onegai shimasu.
            (Salam perkenalan. Nama saya Sara. Harap bantu saya)

Syaza : Hajime mashite. Syaza desu. Kochira koso dozo yoroshiku ne.
           (Salam perkenalan. Saya Syaza. Harap dapat bantu saya juga ya)
 
Sara   : Anatawa gakusei desuka? (Awak pelajar ke?)

Syaza : Haiit. Watashiwa UTeM no gakusen. (Ya. Saya belajar di UTeM)

Sara   : Anatawa Nihon-jin desuka? (Awak orang Jepun ke?)

Syaza : Iie. Watashiwa Maresia-jin desu. Anatawa? (Tidak. Saya orang Malaysia. Awak pula?)

Sara   : Iie. Watashiwa Kankoku-jin desu. Anatawa? (Tidak. Saya orang Korea. Awak pula?)

Malin : Hait. Watashiwa Nihon-jin desu. (Ya. Saya orang Jepun)

Syaza : Doko kara ki mashita ka? Ima doko ni sun de imasuka?
           (Awak asal dari mana? Sekarang tinggal di mana?)

Sara   : Watashiwa Seoul kara kimashita. Ima TTU ni sun de imasu.
            (Saya berasal dari Seoul. Sekarang tinggal di TTU)

Malin : Watashiwa Tokyo kara kimashita. Ima Lestari ni sun de imasu.
           (Saya berasal dari Tokyo. Sekarang tinggal di Lestari)

Syaza : Watashiwa Shah Aram kara kamashita. Ima Bunga Raya ni sun de imasu.
           (Saya berasal dari Shah Alam. Sekarang tinggal di Bunga Raya)

Sara   : Sou desuka. Sumi masen Amarina-san, kono kabanwa ikura desuka?
           (Ohh, begitu. Maafkan saya,  Cik Amalina. Berapa harga beg awak?)

Malin : Kono kabanwa juhachimang rokusen desu. (Beg ini berharga 18600 yen)

Syaza : Korewa doko no kaban desuka? (Buatan dari mana?Jenama apa?)

Malin : Korewa Amerikano kaban desu. Korewa Gucci no kaban desu.
          (Buatan Amerika. Beg ini jenama Gucci)

Sara   : Wahh. Utsu kushi. Aa, ikukoto oeta. (Wahh. Cantik. Ohh, saya terpaksa pergi)

Syaza : Jamatane (Jumpa lagi)

Malin : Itte  kimasu (Selamat tinggal)



Hahhh. Amacam? Dah pandai cakap Jepun? Yg ni simple je. Boleh laa nak try for those yg beginners tu. Good luck ye !!

Okayy. As I mentioned before, today is my last class for the first semester, first year at UTeM. Anyway, hari ni best sangat ! Ohsemmmm ! Sebab target aku nak cakap ngn sume orang kat kelas hampir tercapai. Hampir ye. Means bukan semua orang laa yg aku dah cakap. Haha.

Dah start study week, tapi banyak gila assignments yg nak kena submit within nextweek ! Better tak payah namakan studyweek ! Celah mana aku nak study tatau aa. Dah laa assignments tough gila wa cakap lu ! Hurmm. By the way, aku baru siapkan assignment Maths ! Ohyeah ! Tinggal Multimedia punya Mini Project, Computer Organization & Architechture Mini Project, and Programming Technics Mini Project.

Mini Project?? Takde laa mini sangat aku ase. Lau project betol-betol masa second year nanti tatau laa cane. Huhu

Ok laa. Sampai kat sini dulu. Aku nak sambung online ni. Weekend ni Lestari taleh pakai internet coz ade pembaik pulih, penaik taraf menda tah. So Encik Internet taleh pakai. Wuwuuuu. Gila aahhh weekend tader internet !

Okbai. Salam :) :)



Wednesday, December 19, 2012

Sunday, December 9, 2012

Sukan Antara Fakulti (SAF)

Assalamualaikum :D



Topik hari ni pasal Sukan Antara Fakulti a.k.a SAF. Ada sesapa yg tau tak? Lau taktau, meh sini aku nak story.

Okayy. Minggu ni tengah ada SAF kat UTeM ni. Aku masuk apa?? Memang tak masuk laa. Masa yg ada pon macam tak cukup dah nak handle macam-macam menda. So, aku memang tak masuk pape pon laa. Kat matrik dulu, sempat jugak aku masuk volleyball. Volleyball tau you all ! Tu pon sebab roommate aku ajak masuk. Lau tak, memang tak masuk jugak kot. Huhu. Tapi, macam best jugak laa masuk hari tu. Nak-nak pulak, team kitorang dapat johan. Hehe

Ni kenangan masa Mini Kakom kat KMPP last year. Eh, tak laa last year sangat sebab Mini Kakom tu time Semester 2 kat matrik. So, kira awal tahun ni laa.



 Negeri 3's Volleyball Team
#muka menang# HAHA


We proud to be a part of Negeri 3.
In fact, Negeri 3 menang overall, not just volleyball :D

Before game :D


With both of my roommates, Shafa (the very right), Hada (beside Shafa) and from left, Ell, Fatin and Fana :D

Our luck number. hehe :D

Alrite, enough about my Mini Kakom. It's Matriculation's. Let's talk about my SAF. It's University's. And the most important is, it's the title :D

Actually, SAF ni dah start dari 7 Dec 2012 lagi. Which means Jumaat lepas. Tapi aku tak berkesmpatan pon nak pegi tengok. Al-maklumlah. Jarak dari hostel nak ke kompleks sukan UTeM tu amatlah jauh bagi pejalan kaki macam aku ni. Hehe. So, hari ni, Ahad, baru kitorang sempat nak pegi tengok :D

Kitorang decided untuk tengok Football memandangkan classmate kitorang masuk. He is the goal keeper. Walaupon dalam kelas, kitorang ni boleh dikatakan hampir tak pernah bercakap langsung kot, tapi semangat jugak nak pegi tengok. Huhu. Hampir habis satu semester tapi tak pernah bercakap langsung, boleh dikatakan serious jugak laa. Dekat matrik dulu, dalam minggu orientasi tu pon, dah start rapat ngan semua orang. Tah ada virus apa laa kat UTeM ni sampai tapenah ada communication langsung walaupon dah nak jejak semester 2 dah ni. Huhu

Hari ni bangun awal-awal pagi semata-mata nak pegi tengok SAF ! Hoho. Satu pencapaian tuh ! Dah laa jalan kaki lagi pegi kompleks sukan tuh. Time kitorang sampai, football tak start lagi. So, kitorang jalan-jalan laa kejap kat kompleks sukan tu. Ye laa. Bape kali je pon lau nak kira nak datang sini. Hee. Then, time time dah nak start, kitorang pegi balik tempat football. Tak ramai sangat yg tengok. Maybe sebab pagi lagi kot. Team kitorang punya fakulti, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) lawan dengan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Kitorang duduk tak sampai 5 minit, tetiba FKP dah masukkan gol sebijik. Fuhh. Terkejut tengok. Taper, awal lagi. Ada masa lagi untuk FTMK jaringkan gol. Memang best laa tengok pagi tadi.

Dalam sibuk tengok bola tu, sempat lagi posing tepi padang tu.


The theme colour for FTMK is yellow :D

Nisa tader baju kuning. So, dia pakai oren. Jangan pegi sokong FKE sudahhh !

Time second half, dekat-dekat nak habis, baru FTMK dapat jaringkan gol. Bersyukur sangat. Tapi seri pulak. So, ada penalti. Paling ngeri part ni lahhh. But, alhamdulillah, dengan kredibiliti yg ada dekat our keeper a.k.a classmate aku tuh, FTMK dapat masuk final untuk game petang ni. Alhamdulillah :D


Ni laa classmate kitorang, Fazrin Azmil Hosni. Comot gila kan? Berapa kali dia jatuh tah time nak tahan bola daripada masuk gol. But, good job anyway, Fazrin ! Yg 2 orang kat kiri tu aku tatau laa sape, sebok je masuk sekali. HAHA

Yg paling tak boleh blahh tu time nak balik, geng FKP shout kat kitorang, "FTMK boleh laa menang. Bawak awek" then "ni mesti bebudak FTMK dah HACK dari jaoh ni, tu pasal bole menang. budak komputer laa katakan". Haishhhh. Tak berinsurans betol laa bebudak FKP ni. Tau laa dorang tuh pakai mesin je. Budak engineering laa katakan.



Ni view time final. Dah ramai yg datang. Tak macam pagi tadi. Ye laa. Final kan.

Time final, FTMK lawan dengan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).

This one is taken after FTMK was announced as the winner. Penalty 5-3.
Kena penalti sebab seri jugak 1-1.


The FTMK's Football Team :D

  After the game :D


Happy gila bila FTMK menang !


With classmates XD

Lepas tuh kena masuk dalam dewan pulak untuk majlis penutup. After tunggu dorang bla-bla membebel, dorang pon umumkan laa sape yg menang keseluruhan. And guess what? Our faculty, FTMK is the winner. Alhamdulillah :D


Sorakan kemenangan ! Good job, FTMK !
Kuning itu masih juara. Kat KMPP dulu, team kuning aku jugak yg menang keseluruhan. Berdaulat betol laa warna kuning ni !


Time balik, hujan ! Meredah hujan !
Dah jadi sungai dah depan Lestari Hostel ni !


Okayy laa. Sampai sini dulu. Will update more :D
Assalamualaikum and take care semua XD

Saturday, December 8, 2012

Subject Registeration for Second Semester

Assalamualaikum :D



Hari ni aku nak story sikit pasal aku punya subject registeration. Ni kira macam first time jugak laa kena register sendiri. Ye laa. Masa first time buat registeration dulu confirm-confirm laa ada orang guide kitorang a.k.a Penasihat Akademik (P.A) kitorang. So, tak terasa laa sangat. And, masa kat matrik pulak, kitorang tader pon subject registeration bagai ni. Semua dah automatically.

But, starting from this semester, kitorang kena laa register sendiri. So, kitorang yg masing-masing tak berapa tau sangat pasal subject registeration ni buat-buat cool je lahh. Pastu, semalam baru laa aku and the gang nak buat registeration tuh. Kira kitorang buat sama-sama ramai-ramai laaa. Semalam tu, kira dah dekat seminggu laa registeration tu bukak. Buka start dari 3 Dec until 21 Dec 2012.

Semester ni aku kena amik subjek Kokurikulum. Aku and the gang memang dah merancang dah nak amik Futsal. So, time nak register tu, aku dengan semangat wajanya click on futsal. But then, bila aku click on submit button, tengok-tengok kuota untuk futsal dah penuh. Ohmaiigoddd. Habis tu nak masuk hape ni?? Then kitorang try pulak Kembara. Tapi, tapi, dan tapi, the same thing happened ! Waaa. sedih gila kot ! Then, fikir, fikir, nak pilih ape lagi.

Then, dengan frust nya, kitorang pon keep trying laa mana-mana subjek Kokurikulum yg kitorang boleh masuk. But, unfortunately, semua subjek tuh macam taknak terima kitorang je. Dah pilih berbasikal, bola tampar, badminton and macam-macam lagi, semuanya kuota penuh ! Nak cakap kitorang ni buat last minutes, tak jugak. Baru je bukak seminggu and tarikh tutup untuk subject registeration tu pon lambat lagi kot ! Hurmmmm. Sedih gilaa ! :(

Pastu, dengan pasrahnya, kitorang try pulak click on Kompang. Kompang pon kompang laa. Nak buat cane lagi. Walaupon macam lawak je girls join Kompang ! Tapi, Kompang pon penuh jugak kot ! Gilaaa aaahhh ! Then, kitorang pon try laa click on satu subjek ni, and finally, SUCCESS ! Tapi, cuba teka apa subjek tuh???

( click to see clearly )


Yesss ! It's NASYID ! Huwaaaa. Macam nak nangis je bila dapat subjek Nasyid ! Macam mana laa aku nanti bila join Nasyid ni. Aku yg kasar ni masuk Nasyid?? Tak tercapai dek akal betul ! Tapi taper lahh, maybe ada hikmahnya nanti. Remember, Allah always has the very BEST plan for us.

Seriously, lepas ni, bila sampai semester yg aku kena amik subjek Kokurikulum lagi sekali nanti, which is Semester 2 Tahun 2 (Semester 4), aku akan cuba daftar time hari first registeration tu bukak so that the same thing won't repeated !

That's it. Thanks for reading. Will update more. Busy sikit lately ni. Final Exam is around the corner :D

Assalamualaikum :D :D


Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday #11

Pangkor Island !



Pantai Chenang, Langkawi, my homeyyy :D








Sunday, December 2, 2012

Cuti !

Assalamualaikum semua.


Hari ni sempat update blog. Ohyeah :D

Okayy. Minggu ni tak busy sangat. Dah boleh bernafas sikit. heheh. Nampak sangat hidup aku ni busy gila ! Busy or buat-buat busy? Tettt. No answer ! Tapi serious aku busy okayy. Tatau lahh. Maybe sebab aku ni baru sem 1 kot. Noobs sikit pasal hidup kat universiti ni. Sume benda nak terkejar-kejar. Uhuhh. Failed time management betol laa aku ni ! Hurmm. Tips banyak-banyak pon tak try jugak ! Huhu.

Final dah dekat ni. Lebih kurang sebulan je lagi. Kena fokus sikit laa lepas ni. Taknak laa aku ada mana-mana paper yang kantoi. Seramm ! Tests overall sume dah lepas. Just tinggal lab test untuk Multimedia system je. Then, assignment memang bertambah-tambah laa bila dah dekat nak final ni. Ye laa. Carry marks based on assignment lagi banyak dari marks on exam paper. Kira banyak jugak laa nak kena kejar lepas ni. assignment Computer Organization and Architechture aku tetiba datang bertambah-tambah. Due date pon ciput-ciput je. Adoyy. Serabut tol. Dah laa COA tu antara subjek yg heavy jugak laa. Tapi, bagi aku, aku suka je COA, best je. Hewhew

Semalam aku ada keluar dengan Kak Sara, Malin, Alia, Nisa, and Wan. Kitorang pegi Dataran Pahlawan and Mahkota Parade. Before that, kitorang singgah breakfast dekat Melaka Sentral dulu.




Aku breakfast dengan boiprengg aku, Taylor Lautner tu kot. Hikhik. Pastu kitorang gerak pegi Mahkota Parade. Nak window shopping ! Hewhew. First sekali, aku jumpa kedai phone, pastu teringin pulak nak beli casing comel-comel bagi encik handphone aku ni pakai. Hikhik.





Comeyy tak casing baru? Haha. Poyo je ! Pastu pegi kedai tudung. Locationnya, tengok gambar kat atas. HAHA. Beli tudung baru lagi ! Wee. Then, jalan-jalan usha  beg. Tapi tak jumpa yg berkenan lorr. Pastu pegi Mahkota Parade pulak. Hoho. Banyak gila sale ! Tapi tatau nak beli apa jugak. Aku nak sweater Giordano warna turquoise tu ! Tapi takda kot kat sini. Hurmm. sedih gila. Ari tu, tengok kat Jusco, takda size pulak. Adoyy. Bila laa nak boleh beli sweater tu ! Asyik tak kesampaian ja ni ! Haishh

Then, lunch time ! Kitorang naik pegi food court, then sampai dekat atas, ada kerusi urut Ogawa yg rest and go tuh. Pastu Malin cakap, " Jum, duduk jap ! " Aku pon on je. Wee. Pastu, food court, here we go. Then, time kat food court, baru aku perasan, beg yg aku letak barang-barang yg aku beli sebelum tu, tertinggal dekat kerusi urut tu ! Alahai ! Aku pon pegi cepat-cepat kat tempat kerusi urut tuh. Pastuh, tengok-tengok, beg aku dah tader kat situ. Woii, sedih gila aku !! Dah laa dalam tuh, ada majalah yg ada poster Taylor Lautner aku tuh. Huwaaa. Pastu, tudung-tudung aku lagi. Barang-barang yg beli dekat Watsons lagi. Barang dekat Popular lagi. Kan Sabtu takda plastc bag, so, sume benda yg aku beli, memang aku sumbat dalam beg tu laa. Hurmm. Takda rezeki kan, nak buat cane lagi. Pasrah je laa. Pastu kerana seorang Taylor Lautner, aku menjadi moody hari tuh. Huarghhh. Nak makan Tomyam feveret aku pon dah tak selera. Hurmmm.



Muka frusttt !!

Bukan senang nak happy balik lepas apa yg jadi. Wahaha. Poyo gila statement ! Tapi, dekat-dekat nak balik, dah boleh happy sikit. Hewhew



 Dah nak balik ! Happy sikit ! *winkwink*



Btw, tadi pegi Mydin, cari balik majalah Galaxie 1-15 Dec. Dah dapat balik Taylor Lautner baru. Dah aa. Aku nak study Maths ni ! Sok ada quiz. Weee ;p

Take care semua. Salam :D

Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday #10

Melaka's Durian Crepe. Nyummy !


Saturday, November 24, 2012

My Very Busy Week !

Assalamualaikum semua :D :D



Hewhew. Hari ni aku ada mood plus time sikit nak update blog. Minggu ni serious aku busy gila. Super busy! Stress aku. Huwaaa. Okayy. Let me story-story what had happened to me for the whole week.

Okayy. First of all, nak citer sikit. Last week aku midsem break for a week. So, of course lahh aku balik Langkawi. Cuti seminggu tu aku ase terlalu kejap ! Wahahaha. Cuti tu memang takkan pernah cukup untuk orang yg suka berjalan-jalan pegi sana-sini macam aku ni ! Dah nama pon cuti kan, so, secara automatiknya, buku-buku aku pon turut bercuti jugak. Padahal lepas habis je cuti, i have two tests kot ! First, Programming Technics and the second one is Mathematics for Computer Science. And assignment tu tapayah cakap laaa. Memang bertimbun lahhh. Tapi taper. Aku kan jenis relax-relax and je. Wahaha. Contohi lahh aku kalau korang nak lingkup ! Hikhik.

Then, aku balik Melaka hari Ahad malam. Balik dengan Kak Sara, of course. Bas aku pukul 9.15 malam. Kelas Isnin pukul 2. So, takesah laa aku balik ahad malam. Sampai pagi Isnin tu, sempat lagi rehat jap. Okayy ! Okayy ! Enough about that. Nak story journey aku for the whole week ni. Huhuh

Aku sampai hostel lebih kurang pukul 8 pagi.So, lepas rehat-rehat baring-baring jap, aku bangun and mandi. Dah siap semua, terus on lappy. Assignment tengah tunggu ! Dalam masa yg ada tak banyak mana lagi tu aku pon berusaha laa siapkan assignment Multimedia System tu. wahwah. Ni group assignment. So, tak teruk sangat lahh. lagipon kitorang dah buat hari last before balik cuti last week. So, tinggal nak edit-edit je lahh. Btw, ni assignment Audacity. So, kitorang kena edit sound lahh. And kitorang dapat assignment untuk jadi deejay. Deejay tau uollls ! Start laa bab merapu kitorang bila jadi deejay. huhu. Sepatutnya kitorang kena burn into DVD and submit before 5 o'clock. But ada problem sikit. Kitorang taleh nak convertkan format aup tu ke format mp3. So, kitorang dengan sesuka hatinya tak hantar pon hari Isnin ! hoho. Yelahh. Da last minutes macam tu mana laa nak sempat. Hukhuk. Alasan.

Then, malam tu aku skip kelas silat. Hehe. Terpaksa ! Nak wat cane. Asignment tak siap lagi. Esoknya, test Programming pulak. Dah laa satu hape pon tak baca lagi. Pastu, nak dijadikan cite, malam tuhh aku tak sihat. Perubahan cuaca, maybe. Langkawi panas kot time aku balik. Melaka pulak hujan ! Uhuhh. Telan je lahh ubat jap.

Hari Selasa, kena prepared untuk test. Test tu malam. And again, aku skip kelas silat lagi. Hewhew. Nextweek pegi, mesti tertinggal dahh. So, malam tu aku pon jawab test dengan relaxnya, padahal, otak macam kosong je. Huhu. Jawab je lahh kan daripada aku biar kosong je paper aku tu. Hoho. Time kat dalam dewan tu, aku ase macam hape dah. Dah laa tengah selsema plus batuk pulak. Tambah lagi dengan air-cond dewan tu. Adoyy. Time-time test ni laa nak jadi macam ni. Taper-taper. Tahan jap.

Esoknya, Rabu, after kelas Programming Technics, kitorang (aku, Malin, and Syaza) decided untuk pegi klinik. First time ni nak pegi klinik selama hampir dua bulan kat UTeM ni. Hehe. Jaoh laa jugak dari hostel aku. nama je klinik tu dalam kampus. Huhu. Nasib ada bas. Dah pegi check sume, dapat laa ubat. Aku tengok, mak aii. Banyak gilaa kot. Tak tertelan aku. Aku ni dah laa anti-ubat !

Tapi, bila dah sampai kat bilik and time makan ubat, aku memang taleh escape dah laa. Malin and Syaza bertukar jadi nurses yg akan make sure aku telan semua ubat-ubat tuh ! Uhuhh. Yucksss. I don't like ! Tetambah Bena Expectorant si ubat batuk tuhh ! Dorang make sure aku telan sume pills dulu then baru ubat batuk. Then, lepas telan ubat batuk, dorang tak kasik aku minum air masak. Katanya nanti tak berkesan. Ya Allah ! Terseksa nya ! Memang aku tak boleh laa dengan ubat batuk ni. Masuk mulut je, terus ase macam nak muntah balik ! Ohmaiigoddd ! Tapi, nurses tu paksa jugak aku telan 10 mL every session ! Ngeri gilaa ase ! Sampai keluar air mata kot. Tragis gila time aku nak makan ubat. Tak kira laa jenis pills ke, jenis syrup ke. Sama je. Both aku taleh terima ! But, thanks to korang jugak laa Syaza and Malin. Lau tak, sampai bila pon aku takkan telan Encik Bena tuh !

Time Multimedia System's class hari Khamis, Mr Shah said that he want us to submit our Multimedia Project's proposal by the next day. And at that moment, I'm just like "Ohhmaiigodddd, tomorrow we have Mathematics for Computer Science's Test. Then we need to submit Japanese's assignment and Mathematics assignment too. How on Earth we can manage that??". But, Alhamdulillah. We can do it in just a day ! Then, after Japanese Class on Friday morning, we started to study Mathematics for the night's test.

And after the test, we're just like HEAVEN ! No more burden for this week. Weekend ni boleh enjoy laa sikit coz tader keja ! HAHA. Malam tu, ape lagi, mula lahh aktiviti kitorang. Tengok movie ! Kitorang khatam "Adam dan Hawa" !

Then, pagi esoknya (pagi tadi lahh maksudnya), kitorang masuk Code Hunt Contest. Saja-saja nak test power dalam Programming C++. Hahaha. Not bad laa contest tu. Ada laa jugak inputnya. Hewhew. Then balik bilik, terus bukak lappy, and tepikir nak update blog. And ini lah hasilnya ! Penat gila hari ni. Tapi still ada semangat nak update blog.

Okayy lahh. Sampai sini dulu. I really need to have my rest after a super duper busy week ! Thanks for reading :D


Wednesday, November 21, 2012

Saturday, November 3, 2012

My New World XD

Assalamualaikum semua :D
Oh yeahh ! I'm starting to write again. Tatau sangat nak update hape actually. Sebab aku ni memang spesies yg idea kering-kontang kot. Uhhhh. Abaikan. Peduli hape aku. Ni blog aku, and I have my right to do whatever I want in this blog.

Okayyy. Let's start ! Hahhhh. Memandangkan aku dah study kat tempat baru ni, nak citer laa sikit pasal tempat baru ni. Aku daftar masuk sini 2 September 2012 bersamaan hari Isnin tau uollss. Hari nak daftar tu, kitorang gerak pukul 7 pagi dari KL. Fakulti aku punya registeration session paling awal kot ! Pukul 8 pagi. So, nak ke tak nak ke, memang kitorang kena gerak awal laa. Kitorang sampai sini pon memang ngam-ngam pukul 8 laaa. Time sampai tu nervous jugak laa. Heheh. Poyo je. Yelaa. Geng-geng yg aku rapat tader sorang pon yg dapat kat sini kot. Ohmaigoddd ! Tapi, nasib baik lahh ada someone yg aku kenal, dapat kat sini jugak. She is Kak Sara. Dah lama kenal dia. Kenal kat Langkawi. Dia menetap dekat Langkawi okayy. Heheh. Ada geng nak balik kampung ni.

Okayy. Berbalik kepada kisah registeration aku ni. Bila sampai je sini, aku terus settle kan urusan registeration sume. Hantar sume dokumen laa. Amik gambar untuk kad matrik lahh. Daftar hostel lahh. Pastu dorang kasik ni :


Dalam envelope ni ada kunci hostel aku and map nak ke sana. Dekat sticker pink tu nombor bilik.
 PBR A7-5B-1-A.

Pastu dah settle sume kitorang pon gerak nak pegi hostel. Bila bukak je map tu, terkejut aku tengok locatian Hostel Bunga Raya tu ! Jaoh gila dari kampus. Huarghhhh. Tak suka ! Then bila sampai je dekat hostel, aku pon cari laa bilik aku. Hostel kitorang ni ala-ala apartment. Memang apartment pon. Then di jadikan hostel kitorang. Pastu aku tengok balik nombor bilik kat envelope yg aku dapat tu. A7-5B tu tingkat 5 kot. Paling atas and tak ada lif ! Ohmaigoddd ! Memang aku tapayah diet untuk kurus laa lepas ni.

Lepas tu bila bukak je pintu rumah aku, aku nampak ada 3 bilik. And aku dapat master bedroom. Konon macam best laa kan? Tapi hakikatnya tidak ! Tidak sama sekali ! Memang laa bilik tu ada toilet kat dalam bilik lau nak compare ngan bilik lain yg kena kongsi toilet yg lagi satu kat luar tu. Bilik aku ni super kecik and kena duduk 2 orang ! Aku ase aku nak duduk sorang pon tak muat kot ! Nak bukak almari pon tak lepas kot sebab tersangkut kat katil. Korang boleh imagine tak betapa keciknya bilik aku tuh ! Ni laa rupa bilik tu :


Ni pon setelah penat di adjust kan kedudukan katil-katil tu, baru lahh almari tu boleh bukak. Lau tak, memang separuh je laa pintu almari tu boleh bukak. Sepanjang minggu orientasi jugak laa aku dok kat dalam bilik ni. Minggu Orientasi a.k.a Minggui Haluan Siswa (MHS) aku not bad laaa. Tader sesi fasie-fasie buli freshie. Heheh. Tapi yg tak bestnya kena pakai baju putih and kain hitam tetiap hari ni laa. Lemah betol aku !


Aina, me, and Kak Sara :)


Jalan-jalan time petang kat sekitar UTeM ni :)


Kat taman :)

 Kincir air pulak :)


Tembok Besar China. Kononnya lahh.
Baju putih, kain hitam. Sebijik macam budak sekolah !

Sini pon boleh :)



Aktiviti waktu malam. No more baju putih kain hitam tu. Hewhew


Senaman pagi :)



Tayang kad matrik. Huhu




with my housemate, Dila



Malam last. Malam kebudayaan. With Kak Sara

With Aina


Me, myself, and I


Habis je malam kebudayaan tu, maka dengan rasminya MHS aku da habis. No more baju hitam kain putih bagai tu. Heheh

Lepas tu, aku dapat tau kitorang kena tukar hostel. Hostel yg dekat dalam kampus pulak. Fuhh. Alhamdulillah, dekat laa sikit. Tapayah laa pepagi buta aku nak kena tunggu bas nak pegi kelas. Dah laa dekat setengah jam jugak tu dari hostel lama nak ke kampus. Tapi, bila dapat tau pasal hostel baru, tepikir jugak aku macam mana laa rupa hostel tu. Huhu. Taknak laa dapat yg macam Hostel Bunga Raya tuh. Uhhh. Ngeri kot !

Pastu bila sampai je hostel baru, ni haa bilik aku :
 
Nasib baik cantik. Pastu kitorang pulak jadi orang first yg rasmikan hostel ni. And we got ground floor.
No more stairs ! Best kot.


Ni time angkut barang nak masuk hostel baru. Jadi driver tak bertauliah aku hari ni.


Satu bilik 2 orang. Awesome kan? And my roommate is Kak Sara :)


Dah settle urusan masuk hostel sume, esoknya kitorang keluar beli barang.
Pastu makan asam pedas Melaka. Sedap !


First time jalan kat Melaka :)


Esoknya, bermula laa hidup aku as a student in Bachelor of Computer Science (Database Management)


This is my very first day :)

Okayy. Sampai kat sini dulu. Nanti aku sambung lagi ye. Insha Allah. Salam :)