Followers

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday #2


This really happened to me! seriously!

^^hewhew^^


Sunday, June 24, 2012

A Trip to Sky Cab, Cable Car






Assalamualaikum semua.


Hari ni aku nak share sikit pasal Sky Cab memandangkan aku masih lagi dalam mood cuti.

Sebut pasal Sky Cab mesti ada yg tertanya-tanya apa lahh Sky Cab tu. Tapi, bila sebut pasal Cable Car mesti ramai yg tau kan?? hehe

okayy.
nak citer pasal aku balik Langkawi last month.

actually aku dah janji ngn esya and wawa nak pegi Pantai Kok hari tu.
nak pegi naik moto wehh!

excited aku!

agak lama jugak laa aku tak bawak motor since dapat lesen keta. heheh


pastu tetibe akak aku yg kat JB tu pegi Sky Cab.
oohh. great! lama dah tak pegi.
hehe. orang nak kasik tiket free plak kan.
on aje lahh.

pastu cepat-II aku text wawa and esya cakap aku lambat sikit join dorang.
at first tu kena bising laa jugak ngan dorang.
hee. taper, boleh dipujuk.

okayy. berbalik kepada Sky Cab aku.
memandangkan akak aku ajak lambat, so lambat laa kitorang sampai kat Sky Cab tu.

nasib kaunter tiket tu tak tutup lagi tau!
kitorang keluar rumah pukul 5 petang.
dalam setengah jam jugak laa nak sampai situ.

locationnya dekat Gunung Mat Chincang.

dah sampai tu, cepat-II kitorang dapatkan tiket coz kaunter dah nak tutup.
tapi pegi lewat ni best jugak coz dah tak ramai orang.

so takde laa sesak sangat.

hee. time sampai tu aku tengok scenery kat situ, memang superb cantik laa.
subhanallah.

cantik sangat!





cantik kan view tempat ni?


then, kitorang pon dah excited.
lepas dapat je tiket, kitorang cepat-II masuk dalam Sky Cab tu.



taraa.

ni dah masuk dalam and dah start gerak.




let's start the journey!




dalam ni sejuk sangat!

tetambah dekat-II nak sampai stesen kat atas tu.

tapi taper, janji best. hee


ehh. lupa pulak!

nak kenalkan kakak aku yg sponsor the ticket.

this is her.
Mahani.

she works as a reporter for Berita Harian.
thanks kak Ani :)




okayy.
excited to the next :)




ni view kat atas station tempat transit kejap untuk ke next station.




cantik sangat view dari atas sini.




with my sister :)




amazing!




langit pon cantik je dari sini.



okayy.

nak tambahkan lagi ke-jelous-an korang, aku nak tunjuk lak gambar kat dalam kereta kabel.
heheh




nampak tenang je kan laut dengan gunung-II tu.




sama tak muka kitorang??




speechless tengok view sini.







enough kat dalam cable car.

nak tunjuk scenery from above pulak.






cantik kan Langkawi :)






hehe. okayy. enough.
dah nak balik.

bye Sky Cab.
if ada orang nak belanja, aku datang lagi.

Insha Allah.




and lepas habis je journey kat Sky Cab ni, akak aku hantar ke Pantai Kok.

jumpa Wawa and Esya yg tengah muka marah. huhu

sorry dear. unexpected thing! huhu

this is what we got at Pantai Kok.




dapat jugak laa naik motor.

aku balik rumah naik motor tau. huhu

okayy lahh. aku stop sini dulu. nanti aku story-II lagi.

(: Insha Allah :)






Friday, June 22, 2012

Jodoh itu rahsia Allah SWT



Assalamualaikum & hai semua..

Hurmmm... memandangkan hari ni hari Jumaat, hati ni tergerak pulak nak update pasal jodoh.

kenapa??

eh, tak de kaitan lahh hari Jumaat dengan jodoh !

jangan laa tanya yer..

^^hewhew^^


"Women should not be the moon which everyone see uncovered,
but women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it"




"Jodoh itu rahsia Allah SWT."
Sekuat mana kita setia,
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima kekasih kita,
Jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita,
kita tetap tidak akan bersama dengannya..





Apa yg kita perlu buat adalah...

"berdoa"





dan...

kita tak perlu risau pon pasal jodoh-II ni.
dah tertulis siapa jodoh kita.
so, don't worry.






"Once you've decided to change,
never look back and forget your past!
Keep in mind that Allah is always be with you.."


okayy.
sampai kat sini dulu ye.
jumpa lagi.

salam.


Wednesday, June 20, 2012

Thursday, June 14, 2012

Segmen : Jom Tingkatkan Follower Anda Dengan Mendadak Bersama Izzati.




salam semua.
hari ni aku nak join satu segmen. nama segmen tu
Jom Tingkatkan Follower Anda Dengan Mendadak Bersama Izzati.

so, aku harap korang sume ramai-II tolong support aku join segmen ni okayy.
aku pon nak jugak up kan followers kasik ramai sikit.

al-maklum laa aku baru start berblogging-II ni. hehe
thanks anyway :)

have a nice dayy. take care.


TAG : NAL , KorN , MAMA MASZULL and all of you.

Tuesday, June 12, 2012

Some Tips for Something




















Some Tips For Something:

Tips Untuk Menjaga Sugar Glider


Hai semua :)

Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips untuk korang yg baru nak start bela si Sugar Glider ni.
Sugar Glider ni adalah sejenis haiwan yg sangat laa comel. Memandangkan Sugar Glider ni bukan berasal dari Malaysia, so kita kena train dia untuk hidup kat Malaysia ni.




1. Sifat Sugar Glider

Betina ke jantan ke takde siapa yang dapat pastikan mana satu lebih liar dan sukar dijinakkan. Setiap sugar glider punyai perangai / ragam / kegemaran / yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan suka makan buah, ada yang dilahirkan tak suka makan buah. Ada yang suka berguling-guling , ada yang suka bersendirian...Kerenah sugar glider pasti berbeza...sebab tu lah, setiap owner yang bela sugar glider pasti susah nak jumpa sugar glider yang sama perangainya dengan sugar glider yang ada sebelumnya.


2. Sugar Glider tak perlu dimandikan

Sugar glider ni jenis pembersih..walaupun dia suka kencing dan berak merata-rata, dia akan bersihkan balik badan dia..kalau nak badan sugar glider sentiasa wangi, lap badan sugar glider dengan wet tissue sahaja. Ataupun boleh beli spray wangian untuk pets kat kedai haiwan.


3. Makanan Sugar Glider

Sugar Glider baby tak makan banyak pun ! Kalau nak hidangkan makanan, buah-buahan, jangan bagi dalam kuantiti yang banyak..sebab membazir je nanti. Sugar Glider ni memilih sikit..diorang nak makanan yang fresh sahaja. Kalau makanan tu dah lembik dan tak menarik..dia tak sentuh pun. Contoh : Potong buah papaya bentuk sebesar pemadam kecil pun cukup.


4. Waktu makan sugar glider

Beri makan pada sugar glider pagi sekali dan malam sekali. Pelbagaikan makanan seperti ayam rebus, telur rebus, buah-buahan, sayur-sayuran, dan tambahkan pallets sebagai supplement =)


5. Potong kuku sugar glider

Potong kuku sugar glider anda dan jangan biarkan panjang. Kalau korang biarkan panjang, alamat berparut parut lah badan korang yang membelanya. Lagi best kalau sugar glider tu landing atas muka korang...Zap Zip Zup..dapat hadiah ! Pastikan potong kuku bucu sahaja. Banyak kes orang potong kuku sugar glider sampai berdarah sugar glider tuh. Jadi hati-hati ya..jangan sakiti sugar glider anda.


6. Bawa sugar glider jalan-jalan

Jangan biarkan sugar glider korang duduk dalam cage je ! Nanti tak manja la diorang..lagipun kesian kat diorang..sugar glider pun nak bebas dan hirup udara segar kan ? Jadi selalulah bawa diorang jalan-jalan, lagipun lebih cepat bonding dan mesra pada tuan...Langkah keselamatan, pastikan bwa sugar glider dalam pouch bag yang diyakini selamat dan tak mudah bolos. Perhatian ! Sugar Glider boleh melepasi zip yang tertutup !!! Jadi, berhati-hati jika korang bawa dia jalan-jalan..macam mana cara pun,pastikan zip pouch bag tu tak boleh terbuka dengan mudah.


7. Masa untuk Sugar Glider

Sugar glider ni sejenis haiwan yang manja ok...sangat penuh dengan kasih-sayang. Jadi bagi pembela sugar glider, pastikan korang sentiasa ada untuk suggies korang. Spend banyak masa dengan sugar glider korang supaya ia tak kesepian. Kalau macam saya, saya spend almost 12 jam dengan diorang..sampai kadang-kadang 24 jam pun ada...Sebab saya bawa ke mana sahaja saya pergi.


8. Cara Manjakan Sugar Glider

Nak manjakan sugar glider ni nak kata senang tak juga, ikut perangai sugar glider tu jugak. Kalau dia lahir dengan cara homebreed (orang bela kat rumah dan bagi beranak pinak), biasanya sugar glider itu lebih jinak. Kalau lahir dalam massbreed (entah betul ke tak istilah ni, sugar glider lahir kat kilang proses buat anak sugar glider) biasanya sugar glider tu lebih liar. Tapi jangan risau..manjakan sugar glider korang dengan tangan. Usap sugar glider tu...pedulikan gigitan dan kebisingan dia..biasakan dengan gigitan..nanti..daripada gigitan bertukar jadi jilatan sebab dia dah suka tuan dia. Selain itu, bagi upah makan yang sedap sedap kat sugar glider...pancing dia dengan yogurt, mesti dia tertarik..dan usap badan dan kepala dia berulang-ulang kali. Jangan lupa letak baju yang berbau badan korang dalam sangkar sugar glider tu...(tapi aku tak buat pun yang ni ok) Tapi digalakkan letak...=)


haaaa. ni laa gambar sugar glider yg comel tuh. comel kan??




TAG : NAL , KorN , and all of you :)

Monday, June 11, 2012

SAHABAT HINGGA KE SYURGA

That happy moment when you've found the person that will help you improve your deen


Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..

Aku selalu ingin sahabatku itu tahu yang aku sudah jadikan dia sebahagian dari kecintaanku,
tidak lain kerana Allah
Aku ingin sahabatku itu selalu mengerti yang aku perlu doa darinya,
agar tetap kakiku di jalan ini
Aku ingin sahabatku itu selalu faham aku punya banyak kelemahan yang terkadang melukai & membuatkan dia tidak  senang denganku
Wahai sahabat yang dirimu sentiasa dihati,
maafkan tiap khilafku
Mungkin tidak mampu untuk aku hilangkan parut luka hatimu,
tapi aku senantiasa berharap untuk menjadi sahabat yang setia di sisi dalam payah & senangmu
Kerana
PERSAHABATAN KITA TERTAUT DEMI CINTA ILAHI

Sahabat yang soleh
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata

Sahabat yang soleh
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yang siang
Malam berjuang untuk kerosakan

Sahabat yang soleh
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan soal pilihan
Kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa



Sahabat yang soleh
Ialah yang menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu

Ketahuilah
Sahabat yang soleh sangat menyayangi akan sahabatnya
Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar & tersasar
Dari cinta & redha Ilahi

Sahabat yang soleh
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran

Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata
Setuju apa yang kau bicara



Sahabat yang soleh
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan


Sahabat yang soleh
Malunya mengatasi perawan

Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan

Sahabat yang soleh
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan

Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan



Sahabat yang soleh
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berdoalah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat solehmu oleh Allah di Jannatul Firdaus yang abadi
InsyaAllah

Sahabat yang soleh
Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak
Halawatul Iman dapat kau nikmati 

Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri

Dari Abu Darda' ra,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;
pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan :
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."

(Riwayat Muslim)



....The Beauty of Islam....