Followers

Tuesday, June 12, 2012

Some Tips for Something




















Some Tips For Something:

Tips Untuk Menjaga Sugar Glider


Hai semua :)

Hari ni aku nak kongsikan beberapa tips untuk korang yg baru nak start bela si Sugar Glider ni.
Sugar Glider ni adalah sejenis haiwan yg sangat laa comel. Memandangkan Sugar Glider ni bukan berasal dari Malaysia, so kita kena train dia untuk hidup kat Malaysia ni.




1. Sifat Sugar Glider

Betina ke jantan ke takde siapa yang dapat pastikan mana satu lebih liar dan sukar dijinakkan. Setiap sugar glider punyai perangai / ragam / kegemaran / yang berbeza-beza. Ada yang dilahirkan suka makan buah, ada yang dilahirkan tak suka makan buah. Ada yang suka berguling-guling , ada yang suka bersendirian...Kerenah sugar glider pasti berbeza...sebab tu lah, setiap owner yang bela sugar glider pasti susah nak jumpa sugar glider yang sama perangainya dengan sugar glider yang ada sebelumnya.


2. Sugar Glider tak perlu dimandikan

Sugar glider ni jenis pembersih..walaupun dia suka kencing dan berak merata-rata, dia akan bersihkan balik badan dia..kalau nak badan sugar glider sentiasa wangi, lap badan sugar glider dengan wet tissue sahaja. Ataupun boleh beli spray wangian untuk pets kat kedai haiwan.


3. Makanan Sugar Glider

Sugar Glider baby tak makan banyak pun ! Kalau nak hidangkan makanan, buah-buahan, jangan bagi dalam kuantiti yang banyak..sebab membazir je nanti. Sugar Glider ni memilih sikit..diorang nak makanan yang fresh sahaja. Kalau makanan tu dah lembik dan tak menarik..dia tak sentuh pun. Contoh : Potong buah papaya bentuk sebesar pemadam kecil pun cukup.


4. Waktu makan sugar glider

Beri makan pada sugar glider pagi sekali dan malam sekali. Pelbagaikan makanan seperti ayam rebus, telur rebus, buah-buahan, sayur-sayuran, dan tambahkan pallets sebagai supplement =)


5. Potong kuku sugar glider

Potong kuku sugar glider anda dan jangan biarkan panjang. Kalau korang biarkan panjang, alamat berparut parut lah badan korang yang membelanya. Lagi best kalau sugar glider tu landing atas muka korang...Zap Zip Zup..dapat hadiah ! Pastikan potong kuku bucu sahaja. Banyak kes orang potong kuku sugar glider sampai berdarah sugar glider tuh. Jadi hati-hati ya..jangan sakiti sugar glider anda.


6. Bawa sugar glider jalan-jalan

Jangan biarkan sugar glider korang duduk dalam cage je ! Nanti tak manja la diorang..lagipun kesian kat diorang..sugar glider pun nak bebas dan hirup udara segar kan ? Jadi selalulah bawa diorang jalan-jalan, lagipun lebih cepat bonding dan mesra pada tuan...Langkah keselamatan, pastikan bwa sugar glider dalam pouch bag yang diyakini selamat dan tak mudah bolos. Perhatian ! Sugar Glider boleh melepasi zip yang tertutup !!! Jadi, berhati-hati jika korang bawa dia jalan-jalan..macam mana cara pun,pastikan zip pouch bag tu tak boleh terbuka dengan mudah.


7. Masa untuk Sugar Glider

Sugar glider ni sejenis haiwan yang manja ok...sangat penuh dengan kasih-sayang. Jadi bagi pembela sugar glider, pastikan korang sentiasa ada untuk suggies korang. Spend banyak masa dengan sugar glider korang supaya ia tak kesepian. Kalau macam saya, saya spend almost 12 jam dengan diorang..sampai kadang-kadang 24 jam pun ada...Sebab saya bawa ke mana sahaja saya pergi.


8. Cara Manjakan Sugar Glider

Nak manjakan sugar glider ni nak kata senang tak juga, ikut perangai sugar glider tu jugak. Kalau dia lahir dengan cara homebreed (orang bela kat rumah dan bagi beranak pinak), biasanya sugar glider itu lebih jinak. Kalau lahir dalam massbreed (entah betul ke tak istilah ni, sugar glider lahir kat kilang proses buat anak sugar glider) biasanya sugar glider tu lebih liar. Tapi jangan risau..manjakan sugar glider korang dengan tangan. Usap sugar glider tu...pedulikan gigitan dan kebisingan dia..biasakan dengan gigitan..nanti..daripada gigitan bertukar jadi jilatan sebab dia dah suka tuan dia. Selain itu, bagi upah makan yang sedap sedap kat sugar glider...pancing dia dengan yogurt, mesti dia tertarik..dan usap badan dan kepala dia berulang-ulang kali. Jangan lupa letak baju yang berbau badan korang dalam sangkar sugar glider tu...(tapi aku tak buat pun yang ni ok) Tapi digalakkan letak...=)


haaaa. ni laa gambar sugar glider yg comel tuh. comel kan??




TAG : NAL , KorN , and all of you :)

10 comments:

NAL said...

thanks for tag :)

Kamil Kahar said...

nice tips...sape peminat sugar glider mesti bace tips ni...neway thx 4 joining...gudluck...

Korn Ahmad said...

Hoho.. thanks for the tagging

womahimia said...

thanks you all for supporting me. I am new blogger. heheh :P

Anonymous said...

comey nyeeeeee sugar glider .
tapi abah x bg ulya beli lah :(
mahal !

kak sarah bagi free sepansang . kekekeke , boleh ?? ^_____~

#lawak je

womahimia said...

hehehe. kaya laa kite nak bg sepasang cik ulyaa oiihhh. HAHAHA

~uǝǝʇɐɟ said...

sukaaaaaaa sugar glider tapi mahaii :(

Nasya Farhana said...

hye. good tips walaupun akak ak suke haiwan berbulu, tapi sugar glider memang comel.. hahaaha., just to inform adik., kak sya dah bertukar ke blog http://nasyaahmad-storyoflife.blogspot.com/2012/06/contest-some-tips-for-something.html .. so, for any information boleh refer to that blog ok.? and minta tolong tukarkan url blog kak nasya ok.???

Nasya Farhana said...

adik., baru kak sya perasan. title awak minta tolong tukar ke contest sometips for something ye.. lepas tuh minta link balik ke entry abg kamil k. sebab akak nak buat shortlist. terima kasih ^^
gudluck taw

womahimia said...

ohhh. macam tuh. okayy-II