Followers

Friday, November 2, 2012

Come Back :D

Assalamualaikum semua. Fuhh. Terasa lama gila tak update blog ni. Dah berhabuk gila rasanya blog ni. Bersawang-sawang dah ni. Ambik ridsect kasik sembur sikit. Haha. Lama sangat tak sempat nak update blog ni. Busy sangat lagipon. Macam wanita bekerjaya je. Haha

Last update bulan 8 hari tu. Pastu aku busy sikit nak uruskan urusan masuk Uni sume ni. Hahhh. Lupa nak cakap. Aku sekarang dapat sambung degree dekat Universiti Teknikal Malaysia Melaka a.k.a UTeM. Now, I am one of the student in Bachelor of Computer Science (Database Management), Faculty of Information Communication and Technology.

Boleh tahan laa belajar kat sini. Lagipon, aku memang minat gila dengan subjek Computer Science ni. Kawan-kawan baru pon sume ok je. Alhamdulillah laa. So, bermula lahh hidup baru aku kat Melaka ni. sume menda baru. Environment baru. Kawan baru. Bilik baru. Roomate baru. Crush baru. Belajar jadi orang Melaka pulak. Hewhew

Tapi dekat sini busy gila kot. Tu pasal tak sempat nak jenguk blog ni. Assignment bertimbun. Pastu kelas aku plak tetiap hari habis pukul 6. Pastu malam dengan kelas silat lagi. Pastu pegi Wall Climbing lagi. Mau nya aku tak penat. Tak cukup masa asenya! Memang macam ni ke nasib freshie yg first semester ni?? Ohmaigod =_=

Tapi dalam kesibukan aku ni, sempat lagi pegi enjoy release kan tension. Aku pegi Melaka Wonderland baru-baru ni. Ni pon atas ehsan kakakku tersayang yg bagi five free tickets kat aku ni. So, aku angkut laa kengkawan sekali. Lau tak, memang tak sampai jugak aku kat sini. HAHA



 jadi budak-budak jap kat sini. jerit-jerit release kan tension and hilangkan stress. hewhew

.

tak pikir menda lain dahh. let's have fun !


yang ni paling best. I am a surfer XD sumpah best yg ni !

Dah penat main-main sume tu, balik je hostel, terus demam kot. Yelaa, main tak ingat dunia. Aci redah je walaupon hujan. Bila dah balik hostel balik ni, dah start laa balik kehidupan busy aku ni. Assignment lahh. Tutorial lahh. Mid test lahh. Macam-macam lahhh. Naik juling dah mata aku ni tengok menda-menda ni. Huhhh !

Tapi, next week start mid sem break. Walaupon just seminggu je, tapi terasa heaven gila dah ni. Tak sabar gila asenya nak balik hometown ni. Hewhew. Counting, of course !

But, before balik, semput jugak laa aku. Next week ada 3 tests on the same day ! Boleh imagine tak? Test for different subjects on the same day ! Pukul 1.30 petang sampai 2.30 petang, Multimedia System. Then, sambung pulak ngan System Development pulak dari pukul 3 petang sampai 5 petang. Pastu sambung pulak dengan Computer Organization and Architecture pukul 8 malam sampai 11 malam. Memang bakal jadi zombie laa aku 7 November ni ! huhhh. Nasib baik laa Mathematics for Computer Science and Programming Technique punya test after mid sem break. Ada laa sikit lagi masa nak cover. Huhu

Tapi, tahan laa kejap. Test hari Rabu, then Khamis, after that Jumaat. Jumaat pulak ada Lab Test Programming Technique pulakkk ! Uhhh. But then, say byebye to Malacca on Saturday and say hye to Langkawi ! Sumpah rindu gila kat Langkawi ni ! Heheh :D

Waaaa. Sampai sini dulu kot. Nanti aku curi masa lagi conteng hikayat merapu-rapu suka-suki hidup aku kat sini. Banyak yg nak di ceritakan lagi ni, tapi tak berkesempatan lagi. HAHA. Sekarang stop dulu. Tetttttt. Okbai. Salamm :D

2 comments:

Unknown said...

memg busy kat universiti...

womahimia said...

yesss @fendy. that's very right !