Followers

Saturday, November 3, 2012

My New World XD

Assalamualaikum semua :D
Oh yeahh ! I'm starting to write again. Tatau sangat nak update hape actually. Sebab aku ni memang spesies yg idea kering-kontang kot. Uhhhh. Abaikan. Peduli hape aku. Ni blog aku, and I have my right to do whatever I want in this blog.

Okayyy. Let's start ! Hahhhh. Memandangkan aku dah study kat tempat baru ni, nak citer laa sikit pasal tempat baru ni. Aku daftar masuk sini 2 September 2012 bersamaan hari Isnin tau uollss. Hari nak daftar tu, kitorang gerak pukul 7 pagi dari KL. Fakulti aku punya registeration session paling awal kot ! Pukul 8 pagi. So, nak ke tak nak ke, memang kitorang kena gerak awal laa. Kitorang sampai sini pon memang ngam-ngam pukul 8 laaa. Time sampai tu nervous jugak laa. Heheh. Poyo je. Yelaa. Geng-geng yg aku rapat tader sorang pon yg dapat kat sini kot. Ohmaigoddd ! Tapi, nasib baik lahh ada someone yg aku kenal, dapat kat sini jugak. She is Kak Sara. Dah lama kenal dia. Kenal kat Langkawi. Dia menetap dekat Langkawi okayy. Heheh. Ada geng nak balik kampung ni.

Okayy. Berbalik kepada kisah registeration aku ni. Bila sampai je sini, aku terus settle kan urusan registeration sume. Hantar sume dokumen laa. Amik gambar untuk kad matrik lahh. Daftar hostel lahh. Pastu dorang kasik ni :


Dalam envelope ni ada kunci hostel aku and map nak ke sana. Dekat sticker pink tu nombor bilik.
 PBR A7-5B-1-A.

Pastu dah settle sume kitorang pon gerak nak pegi hostel. Bila bukak je map tu, terkejut aku tengok locatian Hostel Bunga Raya tu ! Jaoh gila dari kampus. Huarghhhh. Tak suka ! Then bila sampai je dekat hostel, aku pon cari laa bilik aku. Hostel kitorang ni ala-ala apartment. Memang apartment pon. Then di jadikan hostel kitorang. Pastu aku tengok balik nombor bilik kat envelope yg aku dapat tu. A7-5B tu tingkat 5 kot. Paling atas and tak ada lif ! Ohmaigoddd ! Memang aku tapayah diet untuk kurus laa lepas ni.

Lepas tu bila bukak je pintu rumah aku, aku nampak ada 3 bilik. And aku dapat master bedroom. Konon macam best laa kan? Tapi hakikatnya tidak ! Tidak sama sekali ! Memang laa bilik tu ada toilet kat dalam bilik lau nak compare ngan bilik lain yg kena kongsi toilet yg lagi satu kat luar tu. Bilik aku ni super kecik and kena duduk 2 orang ! Aku ase aku nak duduk sorang pon tak muat kot ! Nak bukak almari pon tak lepas kot sebab tersangkut kat katil. Korang boleh imagine tak betapa keciknya bilik aku tuh ! Ni laa rupa bilik tu :


Ni pon setelah penat di adjust kan kedudukan katil-katil tu, baru lahh almari tu boleh bukak. Lau tak, memang separuh je laa pintu almari tu boleh bukak. Sepanjang minggu orientasi jugak laa aku dok kat dalam bilik ni. Minggu Orientasi a.k.a Minggui Haluan Siswa (MHS) aku not bad laaa. Tader sesi fasie-fasie buli freshie. Heheh. Tapi yg tak bestnya kena pakai baju putih and kain hitam tetiap hari ni laa. Lemah betol aku !


Aina, me, and Kak Sara :)


Jalan-jalan time petang kat sekitar UTeM ni :)


Kat taman :)

 Kincir air pulak :)


Tembok Besar China. Kononnya lahh.
Baju putih, kain hitam. Sebijik macam budak sekolah !

Sini pon boleh :)



Aktiviti waktu malam. No more baju putih kain hitam tu. Hewhew


Senaman pagi :)



Tayang kad matrik. Huhu




with my housemate, Dila



Malam last. Malam kebudayaan. With Kak Sara

With Aina


Me, myself, and I


Habis je malam kebudayaan tu, maka dengan rasminya MHS aku da habis. No more baju hitam kain putih bagai tu. Heheh

Lepas tu, aku dapat tau kitorang kena tukar hostel. Hostel yg dekat dalam kampus pulak. Fuhh. Alhamdulillah, dekat laa sikit. Tapayah laa pepagi buta aku nak kena tunggu bas nak pegi kelas. Dah laa dekat setengah jam jugak tu dari hostel lama nak ke kampus. Tapi, bila dapat tau pasal hostel baru, tepikir jugak aku macam mana laa rupa hostel tu. Huhu. Taknak laa dapat yg macam Hostel Bunga Raya tuh. Uhhh. Ngeri kot !

Pastu bila sampai je hostel baru, ni haa bilik aku :
 
Nasib baik cantik. Pastu kitorang pulak jadi orang first yg rasmikan hostel ni. And we got ground floor.
No more stairs ! Best kot.


Ni time angkut barang nak masuk hostel baru. Jadi driver tak bertauliah aku hari ni.


Satu bilik 2 orang. Awesome kan? And my roommate is Kak Sara :)


Dah settle urusan masuk hostel sume, esoknya kitorang keluar beli barang.
Pastu makan asam pedas Melaka. Sedap !


First time jalan kat Melaka :)


Esoknya, bermula laa hidup aku as a student in Bachelor of Computer Science (Database Management)


This is my very first day :)

Okayy. Sampai kat sini dulu. Nanti aku sambung lagi ye. Insha Allah. Salam :)

No comments: