Followers

Sunday, December 9, 2012

Sukan Antara Fakulti (SAF)

Assalamualaikum :D



Topik hari ni pasal Sukan Antara Fakulti a.k.a SAF. Ada sesapa yg tau tak? Lau taktau, meh sini aku nak story.

Okayy. Minggu ni tengah ada SAF kat UTeM ni. Aku masuk apa?? Memang tak masuk laa. Masa yg ada pon macam tak cukup dah nak handle macam-macam menda. So, aku memang tak masuk pape pon laa. Kat matrik dulu, sempat jugak aku masuk volleyball. Volleyball tau you all ! Tu pon sebab roommate aku ajak masuk. Lau tak, memang tak masuk jugak kot. Huhu. Tapi, macam best jugak laa masuk hari tu. Nak-nak pulak, team kitorang dapat johan. Hehe

Ni kenangan masa Mini Kakom kat KMPP last year. Eh, tak laa last year sangat sebab Mini Kakom tu time Semester 2 kat matrik. So, kira awal tahun ni laa.



 Negeri 3's Volleyball Team
#muka menang# HAHA


We proud to be a part of Negeri 3.
In fact, Negeri 3 menang overall, not just volleyball :D

Before game :D


With both of my roommates, Shafa (the very right), Hada (beside Shafa) and from left, Ell, Fatin and Fana :D

Our luck number. hehe :D

Alrite, enough about my Mini Kakom. It's Matriculation's. Let's talk about my SAF. It's University's. And the most important is, it's the title :D

Actually, SAF ni dah start dari 7 Dec 2012 lagi. Which means Jumaat lepas. Tapi aku tak berkesmpatan pon nak pegi tengok. Al-maklumlah. Jarak dari hostel nak ke kompleks sukan UTeM tu amatlah jauh bagi pejalan kaki macam aku ni. Hehe. So, hari ni, Ahad, baru kitorang sempat nak pegi tengok :D

Kitorang decided untuk tengok Football memandangkan classmate kitorang masuk. He is the goal keeper. Walaupon dalam kelas, kitorang ni boleh dikatakan hampir tak pernah bercakap langsung kot, tapi semangat jugak nak pegi tengok. Huhu. Hampir habis satu semester tapi tak pernah bercakap langsung, boleh dikatakan serious jugak laa. Dekat matrik dulu, dalam minggu orientasi tu pon, dah start rapat ngan semua orang. Tah ada virus apa laa kat UTeM ni sampai tapenah ada communication langsung walaupon dah nak jejak semester 2 dah ni. Huhu

Hari ni bangun awal-awal pagi semata-mata nak pegi tengok SAF ! Hoho. Satu pencapaian tuh ! Dah laa jalan kaki lagi pegi kompleks sukan tuh. Time kitorang sampai, football tak start lagi. So, kitorang jalan-jalan laa kejap kat kompleks sukan tu. Ye laa. Bape kali je pon lau nak kira nak datang sini. Hee. Then, time time dah nak start, kitorang pegi balik tempat football. Tak ramai sangat yg tengok. Maybe sebab pagi lagi kot. Team kitorang punya fakulti, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) lawan dengan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Kitorang duduk tak sampai 5 minit, tetiba FKP dah masukkan gol sebijik. Fuhh. Terkejut tengok. Taper, awal lagi. Ada masa lagi untuk FTMK jaringkan gol. Memang best laa tengok pagi tadi.

Dalam sibuk tengok bola tu, sempat lagi posing tepi padang tu.


The theme colour for FTMK is yellow :D

Nisa tader baju kuning. So, dia pakai oren. Jangan pegi sokong FKE sudahhh !

Time second half, dekat-dekat nak habis, baru FTMK dapat jaringkan gol. Bersyukur sangat. Tapi seri pulak. So, ada penalti. Paling ngeri part ni lahhh. But, alhamdulillah, dengan kredibiliti yg ada dekat our keeper a.k.a classmate aku tuh, FTMK dapat masuk final untuk game petang ni. Alhamdulillah :D


Ni laa classmate kitorang, Fazrin Azmil Hosni. Comot gila kan? Berapa kali dia jatuh tah time nak tahan bola daripada masuk gol. But, good job anyway, Fazrin ! Yg 2 orang kat kiri tu aku tatau laa sape, sebok je masuk sekali. HAHA

Yg paling tak boleh blahh tu time nak balik, geng FKP shout kat kitorang, "FTMK boleh laa menang. Bawak awek" then "ni mesti bebudak FTMK dah HACK dari jaoh ni, tu pasal bole menang. budak komputer laa katakan". Haishhhh. Tak berinsurans betol laa bebudak FKP ni. Tau laa dorang tuh pakai mesin je. Budak engineering laa katakan.



Ni view time final. Dah ramai yg datang. Tak macam pagi tadi. Ye laa. Final kan.

Time final, FTMK lawan dengan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM).

This one is taken after FTMK was announced as the winner. Penalty 5-3.
Kena penalti sebab seri jugak 1-1.


The FTMK's Football Team :D

  After the game :D


Happy gila bila FTMK menang !


With classmates XD

Lepas tuh kena masuk dalam dewan pulak untuk majlis penutup. After tunggu dorang bla-bla membebel, dorang pon umumkan laa sape yg menang keseluruhan. And guess what? Our faculty, FTMK is the winner. Alhamdulillah :D


Sorakan kemenangan ! Good job, FTMK !
Kuning itu masih juara. Kat KMPP dulu, team kuning aku jugak yg menang keseluruhan. Berdaulat betol laa warna kuning ni !


Time balik, hujan ! Meredah hujan !
Dah jadi sungai dah depan Lestari Hostel ni !


Okayy laa. Sampai sini dulu. Will update more :D
Assalamualaikum and take care semua XD

2 comments:

Aisya J said...

KMPP!!!!!!!!!!!! :(

womahimia said...

rindu KMPP kan?? me too :(